hai........





Saturday 14 April 2012

SEJARAH INTERNET



Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan  Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.

Litar Bersepadu



Litar Bersepadu

Litar bersepadu ( integrated circuit (IC) ) kadangkala disebut sebagai litar mikromikrocip @ cip mikro adalah cip nipis, biasanya 1sm2 atau lebih nipis, mempunyai beribu atau berjuta perkakasan semikonduktor saling bersambung, kebanyakannya transistor, termasuk juga komponen pasif seperti perintang. Litar bersepadu paling maju adalah mikropemproses, yang mengendali semua perkara dari komputer kepada telefon selular kepada ketuhar mikrogelombang. Cip ingatan komputer adalah keluarga cip bersepadu yang amat penting dalam masyarakat moden. Ia juga dikenali sebagai Litar Terkamil.

Sejarah
Geoffrey W.A. Dummer, seorang ahli sains radar di Kementerian Pertahanan Kerajaan British merupakan pencetus idea untuk "litar elektrik sepadu" pada 7 Mei 1952. Pada tahun 1956, beliau cuba membina litar tersebut, tetapi malangnya tidak berjaya dalam pelaksanaannya.
Litar bersepadu yang pertama dihasilkan pada 6 Februari 1959 oleh Jack  Kilby  daripada syarikat Texas Instruments. Pada masa itu, litar itu diperbuat daripada germanium. Kilby menerima paten untuk ciptaannya, iaitu US3138743, US3138747, US3261081, dan US3434015. Robert Noyce dari syarikat  Fairchild Semiconductor pula telah dianugerahkan hak cipta asal (paten) pada 25 April 1961 untuk sebuah unit litar bersepadu yang lebih kompleks yang diperbuat daripada silikon.
Terdapat beberapa jenis dan generasi litar bersepadu:
  1. Penyapaduan skala kecil (SSI)
  2. Penyepaduan skala pertengahan  (MSI)
  3. Penyepaduan skala besar  (LSI)
  4. Penyepaduan skala sangat besar  (VLSI)
  5. Penyepaduan skala ultra besar  (ULSI)
  6. Penyepaduan skala wafer  (WSI)
  7. Sistem-atas-cip  (SoC)

KELEBIHAN INTERNET





Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Tuesday 10 April 2012

TOPOLOGI UNTUK RANGKAIAN JENIS LAN


i. Bas (Linear Bus) 
    
Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.

Kelebihan
Kelemahan
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN jauh.
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data


ii. Bintang (Star) 
    
Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan
Kelemahan
  • Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
  • Tiada perlanggaran (collision) data.
  • Mudah untuk mengesan kerosakan .
  • Mudah dikembangkan.
  • Penggunaan banyak kabel.
  • Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.
  • Lebih mahal berbanding dengan linear bus.

iii. Cincin (Star-wired Ring) 

Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
Kelebihan
Kelemahan
  • Penghantaran data laju.
  • Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
  • Masa untuk mengakses data optimal.
  • Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data
  • Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar. 
  • Sukar mengesan punca kerosakan.


iv. Tree 


Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
Kelebihan
Kelemahan
  • Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
  • Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
  • Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
  • Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
  • Sukar dalam configurasi dan pendawaian

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)


    • Berkongsi Fail

Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
    • Memindahkan Fail

Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
    • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos

Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan install perisian.
    • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
    • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll

Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
    • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Friday 6 April 2012

FIBER OPTIK



fo8.jpg

Fiber optik adalah sebuah kaca murni yang panjang dan tipis serta berdiameter sebesar rambut manusia. Dan dalam pengunaannya beberapa fiber optik dijadikan satu dalam sebuah tempat yang dinamakan kabel optik dan digunakan untuk mengantarkan data digital yang berupa sinar dalam jarak yang sangat jauh.
Bahagian-bahagian fiber optik
fo1.jpg
Core adalah kaca tipis yang merupakan bagian inti dari fiber optik yang dimana pengiriman sinar dilakukan.
Cladding adalah materi yang mengelilingi inti yang berfungsi memantulkan sinar kembali ke dalam inti(core).
Buffer Coating adalah plastic  pelapis yang melindungi fiber dari kerosakan.
Jenis Fiber Optik
1. Single-mode fibers
Mempunyai inti yang kecil (berdiameter 0.00035 inch atau 9 micron) dan berfungsi mengirimkan sinar laser inframerah (panjang gelombang 1300-1550 nanometer)
fo2.jpg
2. Multi-mode fibers
Mempunyai inti yang lebih besar(berdiameter 0.0025 inch atau 62.5 micron) dan berfungsi mengirimkan sinar laser inframerah (panjang gelombang 850-1300 nanometer)
fo3.jpg



10 Virus Komputer Paling Bahaya Terbaru 2012


1. Storm Worm
Muncul tahun 2006, disebut “Storm Worm” karena menyebar via email dengan judul “230 dead as storm batters Europe”. Storm worm adalah program Trojan horse. Beberapa versinya boleh  buat komputer menjadi bots. Atau biasa digunakan hacker untuk spam mail melalui internet.

2. Leap-A/Oompa- A
Mac yang punya konsep security through obscurity yakin tidak akan terserang virus karena OS nya sistem tertutup. Tapi tahun 2006, virus Leap-A atau biasa disebut Oompa-A muncul. Menyebar lewat iChat pada Mac. Setelah Mac terserang, virus itu akan mencari kontak melalui iChat dan mengirimkan pesan ke setiap kontak itu. Pesannya itu berisi file corrupt yang berbentuk JPEG. Memang tidak berbahaya, namun hal ini menyatakan bahawa masih mungkin akan ada virus berbahaya yang menyerang MAC.

3. Sasser and Netsky
Penciptanya anak Jerman umur 17 tahun, Sven Jaschan. Sasser menyerang Microsoft Windows. Sasser ini tidak menyebar via email tapi jika satu komputer terkoneksi ke komputer yang kena virus ini. Virus ini membuat komputer tidak bisa di-shutdown tanpa mencabut power. Netsky terbar melalui email dengan 22 Kb attachment file dan jaringan Windows. Bisa bikin serangan DoS. Sven Jaschan tidak dipenjara hanya diberi masa percubaan 1 tahun 9 bulan, kerana umurnya masih di bawah 18 tahun.

4. MyDome (Novarg)
Mulai menyerang tanggal 1 Februari 2004, virus ini membuat backdoor di OS. Pertama kali tanggal 1 itu mulai DDoS. Kedua, tanggal 12 Feb, virus ini berhenti menyebar dan mulai buat backdoors. MyDoom menyebar via email, selain itu selalu search di search engines, seperti Google mulai menerima jutaan permintaan pencarian dan  lambat sampai akhirnya crash. Gara-gara MyDoom, Senator US Chuck Schumer mengajukan pembuatan National Virus Response Center.

5. SQL Slammer/Saphire
Muncul Januari 2003, menyebar cepat ke internet. Waktu itu membuat layanan ATM Bank Amerika crash, hancurnya layanan 911 Seattle, dan Continental Airlines membatalkan beberapa penerbangan kerana error check in dan ticketing. Menimbulkan  kerugian lebih dari $1 milliar sebelum di-pacthed.

6. Nimda
Ini juga tahun 2001, kebalikan dari kata “admiN”. Penyebarannya sangat cepat, menurut TruSecure CTO Peter Tippet, Nimda hanya perlukan 22 minit untuk menjadi Top Ten saat itu. Target nya server-server Internet, menyebar ke Internet. Nimda akan membuat backdoor ke OS. jadi penyerang boleh akses ke server dan buat apa saja. Nimda juga menjadi DDoS.

 7. Code Red & Code Red II
Muncul musim panas 2001, menyerang OS Windows 2000 & NT. Virusnya bakal membuat buffer penuh sehingga menghabiskan memori. Paling seru waktu berhubungan sama White House, semua komputer yang kena virus ini bakalan otomatis akses ke web server di White House secara bersamaan, jadi buat overload, alias serangan DDoS. Akhirnya Microsoft rilis patchnya saat itu.

8. The Klez
Muncul tahun 2001, menyebar via email, replikasi kemudian terkirim ke orang-orang di address book. Menjadikan  komputer tidak boleh beroperasi, boleh mematikan program antivirus.

9. ILOVEYOU
Setelah “Melissa”, muncul dia dari Filipina, bentuk nya worm, program standalone dapat me-replikasi sendiri. Menyebar via email, judulnya”surat cinta” dari pengagum rahasia . Original file nya LOVE-LETTER- FOR-YOU.TXT. vbs. VBS singkatan Visual Basic Scripting. Penciptanya adalah Onel de Guzman dari Filipina.

10. Melissa
Dibuat  tahun 1999 oleh David L Smith, basicnya Microsoft Word macro. Menyebar via email dengan dokumen “Here is that document you asked for, don’t show it to anybody else.”. Jika ia  dibuka, virus akan replikasi dan otomatis terkirim ke top 50 di address book email. Smith dipenjara 20 bulan dan denda $5000 serta dilarang mengakses komputer tanpa pengawasan.