hai........





Saturday 14 April 2012

Litar Bersepadu



Litar Bersepadu

Litar bersepadu ( integrated circuit (IC) ) kadangkala disebut sebagai litar mikromikrocip @ cip mikro adalah cip nipis, biasanya 1sm2 atau lebih nipis, mempunyai beribu atau berjuta perkakasan semikonduktor saling bersambung, kebanyakannya transistor, termasuk juga komponen pasif seperti perintang. Litar bersepadu paling maju adalah mikropemproses, yang mengendali semua perkara dari komputer kepada telefon selular kepada ketuhar mikrogelombang. Cip ingatan komputer adalah keluarga cip bersepadu yang amat penting dalam masyarakat moden. Ia juga dikenali sebagai Litar Terkamil.

Sejarah
Geoffrey W.A. Dummer, seorang ahli sains radar di Kementerian Pertahanan Kerajaan British merupakan pencetus idea untuk "litar elektrik sepadu" pada 7 Mei 1952. Pada tahun 1956, beliau cuba membina litar tersebut, tetapi malangnya tidak berjaya dalam pelaksanaannya.
Litar bersepadu yang pertama dihasilkan pada 6 Februari 1959 oleh Jack  Kilby  daripada syarikat Texas Instruments. Pada masa itu, litar itu diperbuat daripada germanium. Kilby menerima paten untuk ciptaannya, iaitu US3138743, US3138747, US3261081, dan US3434015. Robert Noyce dari syarikat  Fairchild Semiconductor pula telah dianugerahkan hak cipta asal (paten) pada 25 April 1961 untuk sebuah unit litar bersepadu yang lebih kompleks yang diperbuat daripada silikon.
Terdapat beberapa jenis dan generasi litar bersepadu:
  1. Penyapaduan skala kecil (SSI)
  2. Penyepaduan skala pertengahan  (MSI)
  3. Penyepaduan skala besar  (LSI)
  4. Penyepaduan skala sangat besar  (VLSI)
  5. Penyepaduan skala ultra besar  (ULSI)
  6. Penyepaduan skala wafer  (WSI)
  7. Sistem-atas-cip  (SoC)

No comments:

Post a Comment